Trans Slim dayhike

Assalamualaikum dan hai...

Trans Slim dayhike. 
22 April 2019
Lokasi: Hutan Rizab Bukit Slim, Behrang, Perak.


Gunung Chondong-Geliting, Tumang Batak, Liang Barat, Liang Timur. (4 puncak)

Bagi aku sejujurnya pendakian trans slim yang paling susah untuk dayhike berdasarkan pengalaman mendaki yang tak seberapa ni (V1, Jerging, TNBYY, GBB)(all dayhike). Selain trail dia yang memang mencabar, kami juga mendaki tanpa bantuan juru pandu arah (guider) dan hanya bergantung pada gpx menggunakan aplikasi Wikiloc.

Cerita bermula pabila Hafiz dengan selamba merekrut aku dan Shaz untuk ekspidisi Trans Slim dayhike ini dengan target masa bawah 15 jam. Rasanya ini memang aktiviti gila sebab Slim terkenal dengan tahap kesukaran tinggi berdasarkan apa pembacaan di blog-blog lain.

Perjalanan kami bermula di Loji Air Sungai  Geliting (LSG) yang terletak 15 minit dari Loji Rawatan Air Sungai Dara. Jalan ke LSG  ni terpaksa guna peta secara manual sebab gagal jumpa dalam waze ataup google maps.

Loji Air Sungai Geliting.
free parking. park at your own risk.


0700 : perjalanan bermula dari parking melalui kebun sawit yang lapang. kat sini nak warm up lari anak tu boleh sangat. Trail agak bersih di permulaan sehingga sampai ke simpang Y, jalan yang betul adalah kanan. Pertengahan jalan ada bunyi sungai.


Trail agak clear sampailah kat satu tanah lapang yang nampak macam kena terus kedepan ikut gpx Hafiz tapi kat Wikiloc aku kena belok kiri. Keliru sikit kat sini dan apa lagi Hafiz keluarkan parang hikmat dia untuk menebas cari laluan. Kami terpaksa menebas untuk tembus ke laluan sebenar berdasarkan gpx. Tapi kawasan situ ada tanda riben merah putih cuma jarak dia jauh gila dari trail utama tadi dan penuh semak. Kat sini memang perlukan mata yang tajam untuk kesan jejak dan riben untuk sampai ke campsite. Trail mmg penuh dengan batu besar menandakan dah dekat dengan kawasan sungai.




1 jam 50 minit dari trailhead
0850 : Kem Sungai Durian. 7.23 km. waterpoint 🌊

Akhirnya, hampir 2 jam berjalan, tiba di kem sungai durian. Trail overall agak landai sampai kesini. Refill air disini secukupnya. 

Lepas dah lintas sungai durian tu, barulah bermula pendakian yang sebenar. Trail memang pacak mencanak tak ada diskaun. Hafiz pandang Shaz, Shaz pandang aku, kepala  aku pandang lutut tak naik-naik. Memang cium lutut woi pacak dia. Kalau betis peha tak panas tak cukup warm up memang mendapat lah kat situ gak haha. Kat sini pun ada pacat yang bersuka-ria.

Sejujurnya memang banyak jalan bercabang otw ke Gunung Ghondong-Geliting, jadi kena mahir membaca jalan mana orang lalu atau tak, tanda riben dan juga bantuan alat gps. 













Boleh tahan mossy disini.




1200 : Gunung Chondong Gelinting. 1825m.  12.41km

(3 jam dari Kem Sungai Durian)

Setelah pewai teruk melayan pacak dan fikirkan kenapa buat trip ni, kami pun sampai ke puncak pertama, si cantik Chondong-Geliting. Puncak tanpa view dan dihiasi lumut hijau sudah cukup memberi kelegaan. Lunch pack dikeluarkan untuk topup tenaga. Shaz dengan bekalan 2 bungkus nasi dia memang padu haha. Jauh lagi woi nak hadap ni.




Hulk Hikers. search je kat hacam nanti jumpa trip yang best!



1351: Kem Dengkur. 15.21km. waterpoint 🌊

( 1 jam dari CG)

Perjalanan ke Kem Dengkur agak santai. Trail memang jelas dan hanya 1 jam dari puncak Chondong-Geliting tadi. Kat sini ada water point kedua dan terakhir. Water point hanya depan sikit dari signboard campsite, terdapat tanda W pada pokok sebelah kiri. Sumber air kecil tetapi cukup dan memang sejuk cuma tinggal bawak kordial je nak bancuh.



dengkur dulu seminit barai woi



Perjalanan diteruskan sampai lah berjumpa dengan dua batu besar gila. Tak tau lah dia dua ketul atau terbelah zaman tok kaduk dulu. Kat sini akan ada laluan seakan gua yang bawah lumpur. Macam-macam gaya nak lepas gua ni, ala rock climbing, merangkak, terkangkang semua benda yang aku tak pernah buat kat gunung lain haha.



sebelum lalu
selepas lalu








Batu besar
(1 jam 30 minit dari Kem Dengkur)











1553: Gunung Tumang Batak. 2081m

( 1jam 50 minit dari Kem Dengkur)

Setelah beraksi hampir setengah jam seperti kambing gurun, tibalah kami di puncak Tumang Batak. Rupanya dia tembus TB dari bahagian mossy yang penuh depan pokok signboard tu. Naik TB single nampak mcm takda jalan tapi itulah trail nya ke CG.





Lepas ni jalan ke waterpoint (19.29km) menurun je dalam setengah jam. Ada simpang ke kanan jika dari TB untuk ke waterpoint.

1800: Kem Duit

1848: Liang West

1852: Liang East




1945: Kem 7E

2120: Kem Lubuk Hantu

2256: Loji Sungai Dara. 31.31km. 16 jam.




Sebenarnya aku nak kongsi pengalaman Trans Slim ke CG tu je sebab dia antara trans yang jarang orang buat trip. Trail dia memang keliru utk ke CG jadi memang persediaan amat penting. Kami target 15 jam tapi dapat 16 jam sebab banyak menebas dan buat critical decision making otw nak naik CG tu haha.


Extras:..

Trail difficulty: 8/10. 
Pacak lama sehingga puncak CG, naik turun melepasi Tumang Batak sehingga ke Liang, dan turun seturunnya dari liang ke loji sungai dara. Penuh berduri naik ke CG. Dari TB sehingga keluar jalannya single trail dan jelas.

Wikiloc: https://www.wikiloc.com/hiking-trails/trans-slim-35550893

Waterpoint: Kem Sungai Durian, LWP Tumang Batak. Lepas turun Liang tu kejap-kejap dah jumpa sungai dah.

Cadangan: cuba dahulu Liang-Tumang Batak untuk familiar dengan kawasan sana. Jika buat Trans Slim dari CG, sekurangnya kita dah tau halangan sebelah sana. Jika nak buat Slim dari LTB, fikirkan balik cadangan ini sebab laluan di sebelah CG memnag keliru dan perlukan guider yang betul mahir.


Akhir kata, setiap pengalaman adalah berharga. Cuba dan alaminya sendiri adalah lebih bermakna.







Comments

Post a Comment